CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 29 March 2012

pengenalan autisma

definisi autisma

 



istilah autisma berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

 Autisma adalah satu kategori ketidakupayaan atau suatu gangguan perkembangan interaksi sosial dan komunikasi, gangguan deria pola bermain dan perilaku terbatas serta berulang. Tanda-tanda ini semuanya dimulai sebelum anak berusia dua atau tiga tahun. Menurut Power (1989) tingkah laku anak dengan autisma adalah adanya 6 gangguan dalam bidang:

• interaksi sosial,
• komunikasi (bahasa dan pertuturan),
• perilaku-emosi,
• pola bermain,
• gangguan sensori maotor (maotor kasar dan motor halus
• perkembangan terlambat atau tidak normal

kanak-kanak autisma sering menimbulkan kekeliruan bagi penjagaannya kerana mereka kelihatan normal  tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi.