istilah autisma berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
Autisma adalah satu kategori ketidakupayaan atau suatu gangguan perkembangan interaksi sosial dan komunikasi, gangguan deria pola bermain dan perilaku terbatas serta berulang. Tanda-tanda ini semuanya dimulai sebelum anak berusia dua atau tiga tahun. Menurut Power (1989) tingkah laku anak dengan autisma adalah adanya 6 gangguan dalam bidang:
• interaksi sosial,
• komunikasi (bahasa dan pertuturan),
• perilaku-emosi,
• pola bermain,
• gangguan sensori maotor (maotor kasar dan motor halus
• perkembangan terlambat atau tidak normal
kanak-kanak autisma sering menimbulkan kekeliruan bagi penjagaannya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi.
Terima kasih kerana menerangkan dengan lebih jelas mengenai autisma di dalam blog ini, saya sangat tertarik untuk menjadi follower anda. Maklumat yang saya perolehi dalam blog ini amat berguna.
ReplyDeletesama-sama en. farhan atas sokongan yang diberikan. diharap maklumat ini dapat membantu dalam melihat pelajar anda serta orang yang berada di sekeliling encik.
Deletemereka insan yang istimewa..:)
ReplyDeleteterima kasih kerana menghargai golongan ini
Delete