CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 29 April 2012

kaEDAh pengaJAraN di KeLas


Jika dilihat cara pengajaran melalui tanah liat ini seperti pengajaran yang dilakukan di kelas pra-sekolah. sebenarnya kaedah menggunakan tanah liat ini boleh membantu pelajar autisma memberikan tumpuan dalam beberapa ketika supaya mereka berada di meja tulis untuk melakukan tugasan mereka menggunakan tanah liat.

tanah liat dilihat sebagai medium yang boleh menarik perhatian pelajar autisma. pelajar autisma akan dapat berada di meja tulis dalam 5 minit pertama. kemudian semakin meningkat dan seterusnya. hal ini adalah perkembangan yang baik dapat mendapatkan perhatian pelajar ini.

apabila pelajar dapat berada di meja tulis untuk beberapa ketika menyebabkan guru dapat memberikan tugasan lain seperti melukis atau mewarna.

kaedah bermain tanah liat


Saturday, 28 April 2012

Cara mengajar pElaJAR AuTiSma di RUmaH

- Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau sebagai ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka, oleh itu, ibu bapa harus menyambung pendekatan yang diajar oleh guru di sekolah.


- contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.

- Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.

- Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

- Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisma.

Cara mengajar pElaJAR AuTiSma di SEKolaH

1) guru pedamping

- pelajar Autisma mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran bersosial, manakala di Sekolah guru lebih tertumpu cara pengajaran dalam kumpulan.
- guru akan memberikan penerangan secara berulang dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu.


2) pendedahan kepada guru aliran perdana


- cara pengajaran bagi pelajar autisma berbeza tidak mengikut pengalaman dan logik. guru perlu tahu cara kaedah memberi gambaran dan secara visual kepada berkeperluan khas, Autisma.


3) gambaran yang mudah difahami


contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar pelajar cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.


Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap,pelajar autisme ada masalah kenali konsep masa. contoh gunakan kad bergambar.



- Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya pelajar autisma mendengarnya.




Thursday, 5 April 2012

KePeRLuaN PemBeLAjaran

Hampir 75 hingga 80% pelajar autisma mengalami masalah pembelajaran sederhana dan teruk. Keperluan pembelajaran yang efektif bagi pelajar autisma adalah melibatkan kawalan tingkah laku yang kurang sesuai, dan kemahiran komunikasi dan sosial. bagi memenuhi keperluan pembelajaran ini, setiap yang terlibat perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan pendekatan berterusan diaplikasikan. Ini kerana kemampuan pelajar autisma menggunakan kemahiran yang dipelajari dan menggeneralisasikan dalam konteks yang lain adalah sesuatu yang mencabar.


pelajar autisma dapat dididik. keunikan corak pembelajaran mereka disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif dalam memproses maklumat. ketidakupayaan ini dapat diatasi dengan mengadakan program pembelajaran yang berstuktur dan menggalakkan rangsangan. program pembelajaran berstruktur ini perlu dimulakan seawal mungkin dengan ibu bapa bertindak sebagai guru. program pembelajaran bagi pelajar adalah bercorak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan komunikasi.

pelajar dengan tahap autisma yang teruk perlu diajar secara individu. bagi pelajar yang ringan dan sederhana hanya perlu di integrasikan dengan pelajar tipikal supaya mereka lebih effektif. Penjaga dan guru perlu tahu ganjaran, pengukuhan seperti biskut dan sebagainya dalam merangsang tingkah laku mereka. tambahan dengan pujian.

Ciri-ciri AuTisma yANg BoLeh di Lihat...

pelajar autisma mengalami masalah ataupun gangguan dalam bidang berikut :

1) KOMUNIKASI

- sukar diajak bercakap atau dilihat mempunyai simptom masalah pendengaran kerana tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain.
- jarang menggunakan bahasa dan mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung
- meniru ayat atau perkataan orang lain (echolalia)\

2) INTERAKSI SOSIAL

- suka bersendirian dan suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut
- tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain
- tidak gemar bermain dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain

3) GANGGUAN DERIA

-sensitif pada sentuhan
- tidak suka dipeluk atau dipegang
- kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

4) POLA BERMAIN

-tidak suka bermain dengan rakan sebaya
- apabila ia menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja
- suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.

5) TINGKAH LAKU

- sama ada hiperaktif atau pun hipoaktif
- dapat duduk dalam satu jangka masa yang lama tanpa melakukan apa aktiviti mahupun pergerakkan
-melakukan pergerakkan yang sama dan berulang-ulang cth (mundar-mandir, menepuk-nepuk)

6) EMOSI

-sering marah, ketawa, senyum dan menangis tanpa sebab
- mengamuk tanpa terkawal jika tidak turuti sesuatu kemahuan
- ada kalanya akan mencederakan diri mereka sendiri.

pUNCA AutismA

Kebanyakan pelajar autisma mengalami mengalami terencatan akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi madalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.


Punca

Punca sebenar autisma tidak diketahui tetapi beberapa teori terakhir mengatakan :

1) faktor genetik
2) bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur berkemungkinan mengalami autistik.
3) pengaruh virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil (cth : rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan, juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang terkandung terganggu terutamanya dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi)
4) akibat pencernaan (60% kanak-kanak autistik mempunyai masalah pencernaan) cth : susu berasaskan haiwan dan tepung gandum

Sunday, 1 April 2012

Hari untuk autisma sedunia....

http://www.autismspeaks.org/what-autism/waad

Selamat HAri Autisma Sedunia...
pada 12.APRIL INI...JAngan LUpa MEnyamBUTnya...
anda boleh layari laman ini untuk melihat lebih jelas lagi apa yang dimaksudkan autisma, bukan satu kecacatan tetapi kelainan yang wujud dalam diri seseorang kanak-kanak. tiada penawar untuk penyakit ini.