- Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau sebagai ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka, oleh itu, ibu bapa harus menyambung pendekatan yang diajar oleh guru di sekolah.
- contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
- Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.
- Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.
- Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisma.
HAKISAN
12 years ago
Saya amat bersetuju dengan keterangan di atas.... Setiap pelajar mempunyai pelbagai cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza... Pada pendapat saya sendiri sebagai seorang guru, kita harus tahu mengenai pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku autisma bagi membantu mereka mencapai tahap potensi individu secara optimum...
ReplyDeleteterima kasih atas pendapat yang diberikan, setiap guru harus tahu untuk membantu pelajar mereka yang mengalami autisma, kaedah pengajaran yang dijalankan di dalam kelas harus berbeza daripada cara mengajar pelajar yang tipikal iaitu secara logikal dan melalui pengalaman
DeleteBagaimanakah kita sebagai seorang bakal guru mahu memastikan objektif pengajaran dan pembelajran yang ingin disampaikan berkesan terhadap pelajar autistik..
Deletepada pandangan saya sebagai seorang guru aliran perdana harus bergaul dengan guru dari program pendidikan khas, hal ini secara tidak langsung akan memberikan mereka sedikit sebanyak pengetahuan cara pengajaran yang berkesan untuk pelajar berkeperluan khas ini seperti pengajaran menggunakan gambar iaitu secara visual dan audio. ini akan dapat menarik minat mereka
Deletegoodsharing cikgu yana...
ReplyDeleteyour blog pun nice n cantik...
jgn lupa jenguk blog sy juge.. hehe
cikgu yna dah komen kat blog ckgu sue...cuba tgk...dah tekan publish...tp nk tgk kat mne xnmpak
Deletesharing is caring cikgu sueyaya... hehehe...
ReplyDeletehahah...saya setuju ckgu farhan...
Deletesesuai untuk ibubapa dirumah..thanx for the info sharing ^.^
ReplyDeleteada cara lain juga yang lebih mudah dan sudah sedia ada di dalam almari dapur rumah anda untuk mendapatkan bahan pembelajaran ini iaitu dengan menggunakan tepung gadung dan dicampurkan dengan air dan gaulkannya. cara ini ibu boleh paktikkan didapur..ibu sibuk membuat biskut raya anak pula boleh mengkreatifkan minda mereka...
Deletecikgu yana..sy rasa terdapat satu perkara penting yang perlu mengajar kpd kanak-kanak ini ialah tentang jantina mereka. Mereka perlu tahu adanya perbezaan antara perempuan dengan lelaki. maksud saya bukan mengajar secara mendalam, tapi kena beritahu mereka perkara2 yang paling basic mengenai jantina mereka.
ReplyDeletebetul 2 cikgu ting-ting terima kasih atas perkongsian pandangan dan maklumat tersebut. saya akan menambah dari semasa ke semasa..tidak dapat dinagikan pelajar Autisma juga perlu mengetahui bahagian yang sensitif dan tidak boleh membiarkan orang lain menyentuhnya...
Delete