Kebanyakan pelajar autisma mengalami mengalami terencatan akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi madalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.
Punca
Punca sebenar autisma tidak diketahui tetapi beberapa teori terakhir mengatakan :
1) faktor genetik
2) bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur berkemungkinan mengalami autistik.
3) pengaruh virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil (cth : rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan, juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang terkandung terganggu terutamanya dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi)
4) akibat pencernaan (60% kanak-kanak autistik mempunyai masalah pencernaan) cth : susu berasaskan haiwan dan tepung gandum
No comments:
Post a Comment