CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 28 April 2012

Cara mengajar pElaJAR AuTiSma di SEKolaH

1) guru pedamping

- pelajar Autisma mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran bersosial, manakala di Sekolah guru lebih tertumpu cara pengajaran dalam kumpulan.
- guru akan memberikan penerangan secara berulang dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu.


2) pendedahan kepada guru aliran perdana


- cara pengajaran bagi pelajar autisma berbeza tidak mengikut pengalaman dan logik. guru perlu tahu cara kaedah memberi gambaran dan secara visual kepada berkeperluan khas, Autisma.


3) gambaran yang mudah difahami


contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar pelajar cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.


Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap,pelajar autisme ada masalah kenali konsep masa. contoh gunakan kad bergambar.



- Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya pelajar autisma mendengarnya.




2 comments:

  1. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar dalam aliran perdana, bagaimanakah seseorang guru itu ingin mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku autisma ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang guru dari aliran perdana akan mengalami kekeliruan dengan pelajar yang mengalami autisma kerana pelajar ini dari segi perkembangan fizikal mereka sama tetapi dalam perkembangan komunikasi dan interaksi sosial,mereka mempunyai perbezaan dengan pelajar tipikal. mereka agak sukar untuk memberikan tumpuan dan tidak suka bergaul. sebagai contoh dalam tugasan dalam kumpulan mereka ini akan pasif tidak memberikan kerjasama dengan rakan yang lain.

      Delete