CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 5 April 2012

KePeRLuaN PemBeLAjaran

Hampir 75 hingga 80% pelajar autisma mengalami masalah pembelajaran sederhana dan teruk. Keperluan pembelajaran yang efektif bagi pelajar autisma adalah melibatkan kawalan tingkah laku yang kurang sesuai, dan kemahiran komunikasi dan sosial. bagi memenuhi keperluan pembelajaran ini, setiap yang terlibat perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan pendekatan berterusan diaplikasikan. Ini kerana kemampuan pelajar autisma menggunakan kemahiran yang dipelajari dan menggeneralisasikan dalam konteks yang lain adalah sesuatu yang mencabar.


pelajar autisma dapat dididik. keunikan corak pembelajaran mereka disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif dalam memproses maklumat. ketidakupayaan ini dapat diatasi dengan mengadakan program pembelajaran yang berstuktur dan menggalakkan rangsangan. program pembelajaran berstruktur ini perlu dimulakan seawal mungkin dengan ibu bapa bertindak sebagai guru. program pembelajaran bagi pelajar adalah bercorak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan komunikasi.

pelajar dengan tahap autisma yang teruk perlu diajar secara individu. bagi pelajar yang ringan dan sederhana hanya perlu di integrasikan dengan pelajar tipikal supaya mereka lebih effektif. Penjaga dan guru perlu tahu ganjaran, pengukuhan seperti biskut dan sebagainya dalam merangsang tingkah laku mereka. tambahan dengan pujian.

4 comments:

  1. nice blog cikgu Yana >,< jgn lupa jadi follower blog saya juga...

    ReplyDelete
  2. yup..kanak-kanak autisma boleh dididik!

    ReplyDelete
  3. betul apa yang kamu bagi tahu cikgu Nik...semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan..semua kanak-kanak boleh didik seperti yang kita tahu pelajar ini harus dilatih untuk mereka mampu berdikari

    ReplyDelete