pelajar autisma mengalami masalah ataupun gangguan dalam bidang berikut :
1) KOMUNIKASI
- sukar diajak bercakap atau dilihat mempunyai simptom masalah pendengaran kerana tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain.
- jarang menggunakan bahasa dan mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung
- meniru ayat atau perkataan orang lain (echolalia)\
2) INTERAKSI SOSIAL
- suka bersendirian dan suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut
- tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain
- tidak gemar bermain dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain
3) GANGGUAN DERIA
-sensitif pada sentuhan
- tidak suka dipeluk atau dipegang
- kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut
4) POLA BERMAIN
-tidak suka bermain dengan rakan sebaya
- apabila ia menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja
- suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
5) TINGKAH LAKU
- sama ada hiperaktif atau pun hipoaktif
- dapat duduk dalam satu jangka masa yang lama tanpa melakukan apa aktiviti mahupun pergerakkan
-melakukan pergerakkan yang sama dan berulang-ulang cth (mundar-mandir, menepuk-nepuk)
6) EMOSI
-sering marah, ketawa, senyum dan menangis tanpa sebab
- mengamuk tanpa terkawal jika tidak turuti sesuatu kemahuan
- ada kalanya akan mencederakan diri mereka sendiri.